BAKED PENNE WITH CHEESE


Assalamualaikum semua...
Hari ni saya nak share lagi satu resipi yang terbaik...!!
Resipi ikhlas dari sahabat baik saya, Azita Aboo Bakar.
Jom tengok.

BAKED PENNE WITH CHEESE
Tak kisah la korang nak guna penne ke, spiral ke macaroni ke..cuma rebus and toskan..
Cara buat Bolognese sauce:
1. Bawang holland and bawang putih dice then tumis..pastu masukkan mince beef.. 2. Masukkan prego dlm tin..masukkan tomato (2 biji blend ngan sebiji bwg holland).. 3. Kemudian masukkan 1/2 cawan tomato soup jenama heinz... 4. Masukkan seketul kiub pati daging or ayam, serbuk black pepper sikit, oregano and mixed herbs.. 5. Masukkan sos tiram sket..masak biar pekat sket je..
6. Alaskan loyang dgn butter, then masukkan penne dan bolognese sauce. 
7. Kemudia tabur grated cheese, ulang hingga habis. 
8. Tambah sket parmesan cheese and slice cheese yg 4 segi tu kat bahagian atas sekali..
Bake around 170 for 15 minutes..

Tada... dah siap.


Simple dan muaaahhhhh.. Sedap sangat!!
Cuba jangan tak cuba ye :)
Selamat mencuba semua 

   
#AmalChocCakeMoist
#AmalPremiumCake



Super Moist Eggless Chocolate Cake.


Assalamualaikum semua

Hari ini saya nak share resipi yang marveles, Super Moist Eggless Chocolate Cake. 


Seperti berikut ye.. 

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
2 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye)

Sejukkan kek setelah masak.

Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Selamat mencuba semua 

  
#AmalChocCakeMoist
#AmalPremiumCake


DOA UNTUK PELANGGAN KAMI

>>  DOA UNTUK PELANGGAN KAMI  <<

Salam untuk semua pelanggan 

Ya Allah Ya Tuhanku, kami berdoa padaMu Ya Allah,berilah kepada semua pelanggan kami segala kebaikan Ya Allah,jika rezeki mereka masih di atas langit,Kau turunkanlah..jika masih di dalam bumi,Kau keluarkanlah,jika jauh,Kau dekatkanlah.. jika haram,Kau sucikanlah..

Ya Allah, semoga para pelanggan kami dapat merasa kasih sayang,rasa ketenangan,rasa kenikmatan dan rasa kebahagiaan yang tak terhingga dan tak ternilai semasa menikmati kek kami ini Ya Allah..semoga dengan kek ini juga,dapat menghilangkan rasa kekusutan mereka,kemurungan mereka,kesusahan mereka..Kami juga mendoakan kesihatan yang terbaik untuk mereka Ya Allah, semoga kek ini menjadi penyembuh segala penyakit mereka Ya Allah..

Ya Allah,ampunilah segala dosa pelanggan kami Ya Allah,berikanlah syurga kepada mereka Ya Allah,semoga mereka diberi rezeki yang melimpah ruah dan berjaya di dunia dan akhirat..

(Doa ini ditujukan kepada semua pelanggan kami dan juga untuk semua yang bergelar pelanggan)

♥♥♥
#Amal Choc Cake Moist
#AmalPremiumCake




Bersama Krew Rancangan TV Podium Gemilang

Assalamualaikum 

Kami telah terpilih untuk menjadi penaja untuk rancangan podium gemilang di tv 1. Alhamdullilah, semua suka siap tapau kek coklat moist dan red velvet kami. 

Jom layan gambar- gambar. 

Shiha Mentor dan Atlit Boling Padang Malaysia (Emma). Memang sporting dan cumilll sangat!







Shiha, Emma, Lez the make up artist dan Tuan Director

The crews



Panjang (pelakon Juvana)



Semoga mereka semua terus succes didalam bidang diceburi. 


Salam sayang dari kami di Amal Cakes.

KEK SEBAGAI DOORGIFT

Assalamualaikum 

Saya amat maklum, kadang- kadang kita pening hendak memikirkan apa yang sesuai untuk disajikan kepada tetamu ataupun sebagai doorgift. Disini kami ingin membantu untuk memudahkan anda semua. Kek- kek kami juga seringkali dijadikan sebagai door gift atau pun disajikan semasa sebarang upacara. Sangat senang dan mudah. Harga yang berpatutan akan diberikan bergantung kepada quantiti kek yang di tempah. 

Untuk tempahan untuk door gift ataupun untuk sebarang upacara, sila hubungi kami di 016 7777889 (Azura) atau 016 7777188 (Ahmad) 

Terima kasih 










PELBAGAI KEK DI AMAL PREMIUM CAKE

Assalamualaikum Semua.. Saya doakan anda semua sihat dan di bawah lembayung rahmat Allah..
Disini saya listkan kek- kek di Amal Premium Cake. Jom kita tengok satu persatu: 


1. Gambar atas kanan: Sample kek kukus saiz +-350g dan +-700g

2. Bawah kiri: Kek Kukus Buah
3. Bawah kanan: Kek Kukus Prune 

Kek Lapis Swiss Roll 

1. Bawah kanan: Kek Lapis Mix Fruits
2. Bawah kiri: Kek Lapis Prunes

1. Gambar atas kanan: Kek Lapis Kopi 
2. Bawah kiri: Kek Lapis Coklat
3. Bawah kanan: Kek Lapis 

1. Gambar atas kanan:  Kek Lapis Mint
2. Bawah kanan: Kek Lapis Evergreen
3. Bawah kiri: Kek Lapis Mami Jarum

1. Gambar atas kanan: Kek Lapis Asam Manis
2. Bawah kanan: Kek Lapis Batik Jasmin
3. Bawah kiri: Kek Lapis Puncak Kasih

DAN PRODUCT KAMI YANG PALING POPULAR 


Untuk tempahan atau menjadi Agen Amal Premium Cake sila hubungi 016 7777188 atau 016 7777889. 

Terima kasih 




Hubungi Kami

Assalamualaikum 

Sebarang pertanyaan samada mengenai kek, cara- cara menjadi agen kami atau apa sahaja, sila hubungi: 

1. Azura - 016 7777889 
2. Ahmad - 016 7777188
3. Email : amalchoc@gmail.com
4. fb: http://facebook.com/amalchoc

Terima kasih