Super Moist Eggless Chocolate Cake.


Assalamualaikum semua

Hari ini saya nak share resipi yang marveles, Super Moist Eggless Chocolate Cake. 


Seperti berikut ye.. 

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
2 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye)

Sejukkan kek setelah masak.

Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Selamat mencuba semua 

  
#AmalChocCakeMoist
#AmalPremiumCake


0 comments:

Post a Comment