Assalamuaikum

Assalamualaikum w.b.t.h

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya memulakan menulis di laman blog ini bagi tujuan untuk berkongsi informasi mengenai kek- kek dibawah Amal Premium Cake. Kami memulakan operasi kami kira- kira bulan Mac 2013 dengan niat untuk berkongsi kelazatan Amal Choc Cake Moist kami kepada orang ramai. Kami bermula dengan berkongsi bersama saudara- mara dan di laman facebook. Lokasi pertama kami adalah di dalam Universiti Malaya. Alhamdullilah, permintaan sangat memberangsangkan. Setiap kali kami meletakkan kek- kek kami di cafe- cafe terpilih di dalam UM, semuanya habis terjual dalam jangka masa yang sangat singkat. Subhanallah... 

Bertitik tolak dari situ, kami mengembangkan lagi perkongsian kami dengan melantik agen- agen yang berminat untuk turut sama berkongsi Amal Choc Cake Moist dengan orang ramai. Buat pengetahuan semua, kebanyakan agen- agen kami adalah mereka yang telah merasai kelazatan Amal Choc Cake Moist, dan mereka terus berminat untuk menyertai keluarga kami. Alhamdullilah, syukran Ya Allah... 

Baiklah sesiapa yang berminat untuk merasai kelazatan Amal Choc Cake Moist dan ingin mengetahui lokasi terdekat dengan mereka, boleh hubungi: 

Azura : 016 7777889 
Ahmad : 016 7777188 
twitter : amalpremiumcake 
email : hhazura@gmail.com 

Salam kebahagian daripada kami di Amal Premium Cake


0 comments:

Post a Comment